FAQ
Soalan Lazim
Persoalan lazim berkenaan PPL dan kursus di bawah Akta 709
Soalan Lazim (FAQ)
Persoalan lazim berkenaan PPL dan kursus di bawah Akta 709Apakah tujuan Akta Perlindungan Data peribadi?
Untuk melindungi maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.
Siapa yang perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?
Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.
Apakah Peraturan- peraturan tersebut?
Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi.
Prinsip Am
Prinsip Notis dan Pilihan
Prinsip Penzahiran
Prinsip Keselamatan
Prinsip Penyimpanan
Prinsip lntegriti Data
Prinsip Akses
Prinsip Am
Prinsip Notis dan Pilihan
Prinsip Penzahiran
Prinsip Keselamatan
Prinsip Penyimpanan
Prinsip lntegriti Data
Prinsip Akses
Data apakah yang dilindungi Akta?
Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh data boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada maklumat atau data tersebut:
Nama dan alamat
Nombor kad pengenalan
Nombor pasport
Maklumat kesihatan
Alamat e-mel
Gambar
lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
Maklumat dalam fail peribadi
Nama dan alamat
Nombor kad pengenalan
Nombor pasport
Maklumat kesihatan
Alamat e-mel
Gambar
lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
Maklumat dalam fail peribadi
Apakah data peribadi sensitif?
Akta Perlindungan Data Peribadi mendefinasikan data peribadi sensitif sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah data peribadi sensitif.
Apakah remedi yang ada kepada subjek data?
Remedi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi adalah dalam bentuk kesalahan jenayah. Akta telah mewujudkan beberapa kesalahan jenayah baru, ini termasuklah kesalahan-kesalahan berikut:
Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran
Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan
Melakukan perlanggaran terhadap mana-mana prinsip data
Memproses data peribadi selepas persetujuan di tarik balik
Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi
Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung.